Saturday 26 May 2012

SAJAK BUAT KEKASIH

Bulan dan bintang cahaya hati
Kaulah langit membawa erti
Hati ku ini hanyalah untuk mu lagi
Walau pun jauh aku sentiasa di hati

Air mata jatuh ke bumi
Rindukan mu sepanjang hari
Aku hanya mahu kan kenangan mu
Jangan biarkan kan ku bersendirian lagi

Cinta ku hanya untuk mu

Tidak pernah ku menduakan mu
Sepanjang masa aku hanya untuk mu
Kata hati ku hanya utk mu

Nurkilan Nadhirah Ismail Sajak buat cinta…..

MAKNA PERSAHABATAN

Setiap orang memerlukan sahabat,tanpa sahabat kehidupan seseorang akan sunyi.Bagi saya seorang sahabat sejati adalah dia ada bersama saya di kala susah dan senang.Dari  kecil hingga dewasa  sahabat adalah sebahagian dari hidup saya.Sahabat datang dan pergi dalam kehidupan ini dan ia adalah proses yang biasa dalam kehidupan ini.Banyak perkara di kongsikan bersama sahabat,seperti saya sendiri yang mempunyai ramai sahabat.Saya masih ingat ketika aku masih kecil saya bersahabat baik dengan sahabat saya yang bernama Syazana.Dialah sahabat saya ketika saya berusia 5 tahun sehinggalah saya bersekolah rendah.Kami tinggal di suatu penempatan yang sama.Dia merupakan teman sepermainan saya.Kami bersekolah di sebuah sekolah yang sama,ibu dan ayah saya juga mengetahui akan keakraban kami.Sedar x sedar kami telah bersahabat hampir 19 tahun,bagi saya satu jarak masa yang agak lama.Sehingga ke saat ini kami tetap menjadi sahabat yang baik walaupun ketika saya berusia dua belas tahun saya telah berpindah ke negeri lain.Masuk ke alam persekolahan menengah saya mula mengenali ramai kawan baru.Aku masih ingat sahabatku yang ku kenal sembilan tahun dahulu iaitu yang bernama Syakilla,sehingga kini kami masih bersahabat baik.Saya selesa bersamanya.Dia merupakan seorang sahabat yang jujur serta tidak mengkhianati persahabatan kami.Susah dan senang kami kongsi bersama,walaupun ada ketikanya kami tidak bertegur sapa kerana perselisihan faham tapi kami tidak biarkan ianya berlarutan.Susah dan senang kami kongsi bersama,dia tidak meninggalkan saya ketika susah dan hanya bersama saya ketika senang sahaja.Kami selesa berkongsi segala masalah bersama dan saya mempercayainya.Saya berharap agar momen-momen indah bersama sahabat ini akan kekal hingga ke akhir hayat.Kata orang bijak pandai  mengatakan bahawa kawan yang ramai senang di cari tapi sahabat yang jujur, dan setia apabila bersama kita sukar di cari.Maka saya akan hargai sahabat saya selagi saya hidup InsyAllah.

MAKNA UNIVERSITI DALAM KEHIDUPAN ANDA


Hidup di universiti sememangnya menarik, sesuatu yang indah untuk dikenang dan merupakan pengalaman yang jarang sekali dilupakan oleh warganya. Di sinilah bermulanya hidup sebagai seorang pelajar dalam erti kata sebenar, bermulanya langkah kita sebagai seorang manusia, samada berjaya menggenggam cita-cita atau pun tersungkur di pertengahan jalan. Tidak kira apa ilmu yang diambil, bahasa apa yang diajar, pensyarah mana yang mengajar, universiti sememangnya tempat manusia mencorak satu sejarah dalam kamus hidup mereka.Dalam erti kata lain, universiti ialah tempat bagi manusia mencari makna kehidupan, dan melakukan sesuatu yang bermakna bagi manusia sejagat. Di sini kita meneroka idea dan perkara yang baru tentang  sesuatu masalah dan  di sini jugalah ‘manusia’ mengajar ‘manusia’ menjadi ‘manusia’.Saya dapat merasakan perubahan yang di alami ketika berada di universiti.Saya menjadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya.Universiti adalah satu institusi yang menjadi setiap idaman manusia.Di sini saya belajar banyak perkara baru.Saya menjadi lebih yakin,contohnya apabila berbicara di hadapan khalayak.Sesungguhnya saya bersyukur kerana dapat menimba ilmu di universiti,yang menjadi impian saya sejak dulu lagi.
         
         
         

KEPENTINGAN ILMU


Pada masa ini, di lihat penguasaaan ilmu dalam pelbagai bidang amat penting dan perlu di beri perhatian. Perubahan zaman kian membuktikan  ilmu pengetahuan boleh menjamin kejayaan individu jika di manfaatkan dengan bijaksana.Adanya ilmu, kita kita tidak akan berasa ketinggalan, di perbodohkan dan merasa rendah diri. Oleh yang demikian, peluang yang ada harus di rebut untuk memastikan penguasaan ilmu tidak kira dalam sesuatu bidang atau pun sebaliknya.Antara manfaat sekiranya kita berilmu ialah dapat memajukan diri sendiri, dan tidak mustahil kita boleh memberi faedah kepada komuniti, masyarakat dan juga negara. Contohnya, pembangunan inovasi dalam pelbagai bidang yang boleh memberikan kemudahan kepada manusia.Selain itu, penguasaan ilmu juga membolehkan kita menjadi manusia yang proaktif. Orang yang berilmu akan sentiasa berfikiran positif, optimis dan sentiasa menjadikan sesuatu ujian atau permasalahan sebagai suatu cabaran yang mengujakan dan satu cabaran.Pada masa kini, di lihat penguasaaan ilmu dalam pelbagai bidang amat penting dan perlu di beri keutamaan. Zaman kian berubah dan ini membuktikan penguasaan ilmu pengetahuan boleh menjamin kejayaan individu jika di manfaatkan dengan bijaksana.Oleh itu, peluang yang ada harus di rebut untuk memastikan penguasaan ilmu tidak kira dalam bidang tertentu atau pun sebaliknya.Di antara faedah sekiranya kita berilmu ialah dapat memajukan diri sendiri, dan tidak mustahil kita boleh memberi faedah kepada komuniti, masyarakat dan juga negara. Bak kata pepatah, "ilmu pelita hidup". Ia memberi cahaya kepada pembangunan kehidupan berkualiti. Orang yang berilmu sentiasa akan berasa tenang dan hidup dalam harmoni. Jadi, ayuh! Jangan buang masa dengan kelalaian dan keasyikan, manfaatkan masa yang ada untuk kita menimba ilmu.Tidak kira apa sahaja ilmu, asalkan ia baik untuk diri, tidak menyalahi undang-undang, tidak melanggar larangan Allah s.w.t, ia perlu dipelajari. Mudah-mudahan dengan ilmu yang ada, menjadikan kita selangkah di hadapan berbanding yang lain.Kata orang menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri China.

GELAGAT MANUSIA DI SEKELILING BERSERTA RESPONS

Hari ini, hari Khamis yang indah ini saya bersyukur kerana masih bernafas di bumi Allah s.w.t ini.Masih di beri keizinan olehNya untuk menghirup udara yang segar.Saya adalah salah seorang pelajar yang masih menuntut di sebuah universiti di sebelah utara tanah air.Pagi itu saya menjalani rutin kebiasaan saya dengan menghadiri kuliah.Saya duduk di luar bilik kuliah  sambil leka memerhati gelagat orang ramai yang sedang lalu lalang,kebanyakkan mereka adalah pelajar.Mata saya galak memerhati setiap tingkah laku pelajar yang sedang lalu di hadapan saya.Saya duduk bersebelahan sekumpulan pelajar yang sedang rancak berbual  di satu sudut secara beramai-ramai.Bukan niat saya mahu mencuri dengar perbualan mereka tetapi kebetulan waktu itu saya sedang menunggu kedatangan pensyarah untuk memulakan kuliah.Girang dan rancak sekali mereka berborak sehinggakan saya dapat mendengar dengan jelas apa yang di bualkan oleh mereka.Dari apa yang saya dengar adalah mereka sedang berbicara akan perihal rakan mereka,lumrah manusia jika tidak berpuas hati maka akan diumpatlah oleh mereka dan yang pasti tentang keburukkan,satu persatu hingga tiada kebaikkan langsung disebut.Tiba-tiba mata saya beralih kepada sepasang pasangan yang sedang bercinta pada anggapan saya.Nampak seperti mereka sedang mengalami masalah.Dari bahasa tubuh mereka  saya dapat merasakan mereka bertengkar.Mereka tolak menolak antara satu sama lain.Mereka seperti tidak menghiraukan orang di sekeliling mereka.Bagi saya malu pada orang ramai juga perlu,kerana kesan akibat perbuatan kita  akan mengaibkan diri sendiri.Kemudian saya masuk ke tandas dan melihat seorang makcik tua yang sedang membersihkan tandas.Sungguh daif dan uzur mak cik tersebut.Perasaan sayu dan sedih melihat mak cik ini,terdetik di hati saya mengapa mereka masih  gigih bekerja di usia emas seperti ini,sedangkan tempat mereka sepatutnya di rumah melakukan amal ibadat,menghabiskan sisa usia di hari tua.Itu yang bermain di fikiran saya,tapi apa yang di tanggung  oleh makcik yang selayakknya saya gelar nenek ini tiada siapa yang tahu.Dia harus bekerja demi meneruskan kehidupan,mencari rezeki.Sungguh khusyuk mata saya melihat sambil melayani andaian yang bermain di fikiran ini. Tiba-tiba pensyarah saya sudah hadir,maka saya masuk untuk memulakan kuliah setelah leka memerhati gelagat manusia di sekelilingku pada pagi ini.Yang baik saya contohi manakala yang buruk saya ambil sebagai pengajaran,walaupun masa yang di luangkan sementara menunggu kehadiran pensyarah pada pagi ini hanyalah singkat namun pengisianya membawa banyak manfaat kepada saya.

Friday 25 May 2012

SAJAK BUATIBU

Ibu
Sembilan bulan sepuluh hari
Kau mengandungkan aku
Terpana segala kudratmu
Mengendongkan aku dalam keperitan
Kesakitan yang amat

Ibu
Terima kasih atas segalanya
Kerna membenarkan aku ke dunia ini
Yang pasti akan memenatkan mu
Bagi menambah kesibukkan mu

Ibu
Dikaulah mawar itu
Yang ku pujai tiap waktu
Yang ku rindui wajahmu
Yang ku kagumi ketabahanmu

Ibu
Cekal hati mendidik daku
Sabar murni melayan karenah anakmu
Tiada kendengaran sepatah keluhan
Tiada kelihatan setitip kemarahan

Ibu
Bagiku dirimu tiada galang gantinya
Kerna ku cintai ibu selalu
Ibu yang selalu menjaga diriku
Dan membelaiku penuh kasih sayang
Bagai membelai sekuntum mawar merah

Ibu
Demi anakkmu
Dirimu sanggup kau korbankan
Sedangkan aku asyik dalam keselesaan yang kau berikan
Dirimu memberikanku segalanya
Walaupun dirimu tak punya apa-apa
Ampunilah dosaku ibu
Kiranya menyakiti hatimu ibu

Ibu
sedari kecil aku selalu disampingmu
Dikau menjagaku
Mendidik
Dan beri segalanya buat keperluanku
Tanpa mengeluh dan berkira
Terima kasih ibu
Sayang ibu hingga ke syurga

MAKNA CINTA

Setiap manusia ingin rasa dicintai dan mencintai,begitu juga dengan diri saya.Bagi saya makna cinta itu pelbagai,kerana konsep cinta itu sangat meluas. Selalu kita mendengar cinta yang di semai  antara pasangan kekasih.Dalam bercinta kaum adam memerlukan hawa begitu juga sebaliknya.Setiap orang yang bercinta menaruh harapan untuk kekal bahagia selamanya alhamdulilah jika dengan izinNYA.Saya pula mahukan sebuah cinta yang menguatkan saya dan bukan melemahkan diri saya.Sebagai seorang perempuan selalunya mengimpikan sebuah cinta yang kekal abadi,dengan kata lain seorang lelaki yang boleh membimbing saya hingga ke syurga.Apa yang saya mahu bukanlah rupa serta hartanya,tapi akhlak dan imannya yang  tidak boleh dibeli di mana-mana sahaja.Alangkah indahnya cinta yang disulam itu berasakan syariat agama,segalanya kerana Allah s.w.t kerana bagi saya cinta yang dijaga batasnya akan lebih menjamin kebahagiaan dunia dan di akhirat nanti.Beralih pula kepada makna cinta selain dengan pasangan yang disayangi,dan yang pastinya perasaan  cinta saya pada kedua ibu dan ayah.Ibu dan ayah dua insan yang banyak berkorban segalanya untuk saya.Saya tahu bahawa cinta mereka pada saya lagi besar dan tidak ternilai jika dihintung dengan wang ringgit.Setiap kali saya memandang raut wajah mereka saya dapat merasakan  sudah banyak pengorbanan demi membesarkan saya,terima kasih ibu dan ayah,kasih dan cinta mereka akan saya balas dengan menjadi seorang manusia dan anak yang solehah serta bertanggungjawab.Akhir sekali adalah cinta yang paling utama dalam hidup saya,adalah cinta pada Allah s.w.t,sesungguhnya Allah itu maha Agung,maha Kaya,maha Esa.Sebagai  seorang muslimah sayam harus taat dengan ajaranNya dengan melakukan segala ajaranya,dan meninggalkan laranganNya,Allah itu maha berkuasa,dan Dia tahu bahawa saya amat kasih dan cintakan Dia,saya besyukur dilahirkan dalam islam,moga Allah s.w.t sentiasa melindungi saya,serta orang yang saya cinta.Sesungguhnya cinta saya pada Allah s.w.t melebihi segalanya,dan saya berjanji akan menjadi seorang muslimah yang sejati serta taat demi cinta ini padaNya.

KERJAYA PILIHAN SAYA


Setiap orang mempunyai cita-cita yang tersendiri begitu juga dengan saya.Sejak kecil saya menyukai sesuatu yang mencabar diri saya.Menyukai sesuatu yang berisiko namun dalam masa yang sama saya otak dapat bekerja dengan memikirkan tindakan tersebut.Setiap tindakan dan perbuatan yang di lakukan adalah tidak hanya membuang masa dan sia-sia sahaja.Semasa saya di alam persekolahan saya suka melihat seorang guru apabila beliau mengajar serta menerangkan sesuatu bila berada dihadapan pelajarnya.Setiap hari guru ke sekolah dengan harapan untuk mendidik anak bangsanya menjadi insan yang berjaya,dan saya salah seorang yang meminati profesion perguruan ini.Minat ini timbul kerana saya seorang yang suka berkomunikasi dengan orang ramai terutamanya kanak-kanak yang sedang membesar seumur lima dan enam tahun.Jika segalanya di permudahkan oleh Nya,saya ingin menjadi seorang pendidik kepada kanak-kanak kerana ia merupakan satu kerjaya pilihan saya yang amat saya minati sejak dari dulu lagi.Kenapa saya sukakan kerjaya ini?.Sememangnya tugas untuk mendidik anak yang sedang belajar banyak perkara baru adalah amat sukar,ini kerana sebagai orang dewasa kita harus banyak bersabar dengan karenah kanak-kanak ini.Saya amat sukakan kanak-kanak,saya suka melihat akan gelagat mereka yang selalunya membuatkan saya tidak kering gusi.Apabila sering berdamping  dengan mereka saya boleh melihat mereka belajar tentang perkara baru pada setiap hari.Hati rasa girang apabila kanak-kanak ini dapat mengusai dan mempelajari akan perkara baru.Saya tahu akan tanggungjawab dan risiko yang harus saya tanggung jika saya memilih kerjaya ini sebagai pilihan.Nmun saya akan kuatkan semangat dan menganggap ini satu cabaran dalam kerjaya saya.Saya tahu kebanyakkan ibu dan bapa mengharapkan anak-anak mereka yang di hantar ke tadika mahupun taska akan dapat mempelajari sesuatu yang lain dari kebiasaan seperti belajar mengeja,menulis,membaca dan sebagainya.Saya anggap ini satu amanah dan tanggungjawab buat saya dalam mendidik anak-anak bangsa ini. Walaupun mengajar kanak-kanak tadika ini dianggap seperti pekerjaan yang remeh tidak seperti menjadi guru di sekolah rendah atau menengah namun bagi saya itu adalah satu cabaran saya harus menyahutnya. Ini kerana tanpa pendidikan di tahap tadika ini,akan menyukarkan mereka apabila menaiki ke sekolah rendah. Minda kanak-kanak  mula merangsang dan berkembang dari kecil dan apabila memasuki tahap pendidikan di tadika ini sudah tentu akan merangsang lagi minda mereka untuk melihat dan memahami dunia dengan lebih celik serta luas lagi.
Pendidikan di tahap tadika kini amat penting kerana apabila memasuki ke sekolah rendah (darjah satu) kanak-kanak ini akan di uji tahap  kepandaian mereka. Contohnya akan diadakan peperiksaan menulis, mengeja dan mengira untuk diasingkan ke dalam kelas mereka mengikut tahap-tahap kepandaian mereka. Oleh itu, jika mereka ini tidak mempunyai ilmu yang sepatutunya mereka akan gagal pada peringkat yang pertama di sekolah rendah ini. Ilmu yang  dimaksudkannya sudah tentunya ialah ilmu yang diajar ketika di peringkat tadika. Saya merasakan bahawa  ilmu yang diajar oleh saya ketika diperingkat tadika amatlah berguna kepada mereka dalam menjalani kehidupan sebagai seorang murid atau pelajar kelak. Saya sudah berpuas hati jika anak didik saya berjaya dalam kehidupan mereka kelak, dan menjadi seorang insan yang berguna kepada negara disamping menjadi anak berjasa. Hanya ilmu akan dapat menentukan haluan perjalanan kita ini.Sampai di sini sajalah saya coretkan tentang kerjaya pilihan saya ini.

TOKOH IDOLA SAYA...IBUKU TERSAYANG

Setiap orang pasti mempunyai idola tersendiri,begitu juga dengan saya.Saya menjadikan ibu saya sebagai idola saya.Ibu saya seorang yang tegas dan penyayang.Ibu saya seorang yang berkejaya,namun dia tidak sesekali mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.Saya tahu sebagai seorang isteri,serta ibu kepada saya dan adik beradik saya yang seramai lima beradik ini,ibu sangat sibuk.Ibu mengajar saya tentang erti kehidupan.Saya tahu ada ketikanya ibu di dalam kepayahan dan kesusahan,dalam membesarkan saya,namun ibu tidak pernah berputus asa malahan berusaha sebaik mungkin demi saya,serta adik beradik.Namun ibu tidak pernah menunjukkan di hadapan saya akan masalah yang di hadapi oleh beliau.Ini kerana ibu tidak mahu saya bersusah hati.Seorang ibu rela menukar kebahagiaanya dengan apa sahaja untuk kebahagiaan anak-anaknya.Ibu sudah memberi saya pendidikan yang secukupnya dari segi ilmu agama dan keduniaan.Kekadang ada ketikanya saya  mengguris perasaan ibu,namun ibu sedia memaafkan saya.Ibu sentiasa menyokong saya untuk berjaya,tanpa jemu memberikan nasihat dan semangat buat saya.Saya kagum dengan ibu saya.Ibu adalah idola saya dalam hidup ini,tidak dapat dibayangkan jika hidup saya tanpa ibu.Kasih dan sayang ibu berikan akan saya balas dengan menjadi seorang anak yang berjaya,solehah serta bertangunggjawab pada ibu.Terima kasih ibu.