Saturday 26 May 2012

GELAGAT MANUSIA DI SEKELILING BERSERTA RESPONS

Hari ini, hari Khamis yang indah ini saya bersyukur kerana masih bernafas di bumi Allah s.w.t ini.Masih di beri keizinan olehNya untuk menghirup udara yang segar.Saya adalah salah seorang pelajar yang masih menuntut di sebuah universiti di sebelah utara tanah air.Pagi itu saya menjalani rutin kebiasaan saya dengan menghadiri kuliah.Saya duduk di luar bilik kuliah  sambil leka memerhati gelagat orang ramai yang sedang lalu lalang,kebanyakkan mereka adalah pelajar.Mata saya galak memerhati setiap tingkah laku pelajar yang sedang lalu di hadapan saya.Saya duduk bersebelahan sekumpulan pelajar yang sedang rancak berbual  di satu sudut secara beramai-ramai.Bukan niat saya mahu mencuri dengar perbualan mereka tetapi kebetulan waktu itu saya sedang menunggu kedatangan pensyarah untuk memulakan kuliah.Girang dan rancak sekali mereka berborak sehinggakan saya dapat mendengar dengan jelas apa yang di bualkan oleh mereka.Dari apa yang saya dengar adalah mereka sedang berbicara akan perihal rakan mereka,lumrah manusia jika tidak berpuas hati maka akan diumpatlah oleh mereka dan yang pasti tentang keburukkan,satu persatu hingga tiada kebaikkan langsung disebut.Tiba-tiba mata saya beralih kepada sepasang pasangan yang sedang bercinta pada anggapan saya.Nampak seperti mereka sedang mengalami masalah.Dari bahasa tubuh mereka  saya dapat merasakan mereka bertengkar.Mereka tolak menolak antara satu sama lain.Mereka seperti tidak menghiraukan orang di sekeliling mereka.Bagi saya malu pada orang ramai juga perlu,kerana kesan akibat perbuatan kita  akan mengaibkan diri sendiri.Kemudian saya masuk ke tandas dan melihat seorang makcik tua yang sedang membersihkan tandas.Sungguh daif dan uzur mak cik tersebut.Perasaan sayu dan sedih melihat mak cik ini,terdetik di hati saya mengapa mereka masih  gigih bekerja di usia emas seperti ini,sedangkan tempat mereka sepatutnya di rumah melakukan amal ibadat,menghabiskan sisa usia di hari tua.Itu yang bermain di fikiran saya,tapi apa yang di tanggung  oleh makcik yang selayakknya saya gelar nenek ini tiada siapa yang tahu.Dia harus bekerja demi meneruskan kehidupan,mencari rezeki.Sungguh khusyuk mata saya melihat sambil melayani andaian yang bermain di fikiran ini. Tiba-tiba pensyarah saya sudah hadir,maka saya masuk untuk memulakan kuliah setelah leka memerhati gelagat manusia di sekelilingku pada pagi ini.Yang baik saya contohi manakala yang buruk saya ambil sebagai pengajaran,walaupun masa yang di luangkan sementara menunggu kehadiran pensyarah pada pagi ini hanyalah singkat namun pengisianya membawa banyak manfaat kepada saya.

No comments:

Post a Comment