Friday 25 May 2012

KERJAYA PILIHAN SAYA


Setiap orang mempunyai cita-cita yang tersendiri begitu juga dengan saya.Sejak kecil saya menyukai sesuatu yang mencabar diri saya.Menyukai sesuatu yang berisiko namun dalam masa yang sama saya otak dapat bekerja dengan memikirkan tindakan tersebut.Setiap tindakan dan perbuatan yang di lakukan adalah tidak hanya membuang masa dan sia-sia sahaja.Semasa saya di alam persekolahan saya suka melihat seorang guru apabila beliau mengajar serta menerangkan sesuatu bila berada dihadapan pelajarnya.Setiap hari guru ke sekolah dengan harapan untuk mendidik anak bangsanya menjadi insan yang berjaya,dan saya salah seorang yang meminati profesion perguruan ini.Minat ini timbul kerana saya seorang yang suka berkomunikasi dengan orang ramai terutamanya kanak-kanak yang sedang membesar seumur lima dan enam tahun.Jika segalanya di permudahkan oleh Nya,saya ingin menjadi seorang pendidik kepada kanak-kanak kerana ia merupakan satu kerjaya pilihan saya yang amat saya minati sejak dari dulu lagi.Kenapa saya sukakan kerjaya ini?.Sememangnya tugas untuk mendidik anak yang sedang belajar banyak perkara baru adalah amat sukar,ini kerana sebagai orang dewasa kita harus banyak bersabar dengan karenah kanak-kanak ini.Saya amat sukakan kanak-kanak,saya suka melihat akan gelagat mereka yang selalunya membuatkan saya tidak kering gusi.Apabila sering berdamping  dengan mereka saya boleh melihat mereka belajar tentang perkara baru pada setiap hari.Hati rasa girang apabila kanak-kanak ini dapat mengusai dan mempelajari akan perkara baru.Saya tahu akan tanggungjawab dan risiko yang harus saya tanggung jika saya memilih kerjaya ini sebagai pilihan.Nmun saya akan kuatkan semangat dan menganggap ini satu cabaran dalam kerjaya saya.Saya tahu kebanyakkan ibu dan bapa mengharapkan anak-anak mereka yang di hantar ke tadika mahupun taska akan dapat mempelajari sesuatu yang lain dari kebiasaan seperti belajar mengeja,menulis,membaca dan sebagainya.Saya anggap ini satu amanah dan tanggungjawab buat saya dalam mendidik anak-anak bangsa ini. Walaupun mengajar kanak-kanak tadika ini dianggap seperti pekerjaan yang remeh tidak seperti menjadi guru di sekolah rendah atau menengah namun bagi saya itu adalah satu cabaran saya harus menyahutnya. Ini kerana tanpa pendidikan di tahap tadika ini,akan menyukarkan mereka apabila menaiki ke sekolah rendah. Minda kanak-kanak  mula merangsang dan berkembang dari kecil dan apabila memasuki tahap pendidikan di tadika ini sudah tentu akan merangsang lagi minda mereka untuk melihat dan memahami dunia dengan lebih celik serta luas lagi.
Pendidikan di tahap tadika kini amat penting kerana apabila memasuki ke sekolah rendah (darjah satu) kanak-kanak ini akan di uji tahap  kepandaian mereka. Contohnya akan diadakan peperiksaan menulis, mengeja dan mengira untuk diasingkan ke dalam kelas mereka mengikut tahap-tahap kepandaian mereka. Oleh itu, jika mereka ini tidak mempunyai ilmu yang sepatutunya mereka akan gagal pada peringkat yang pertama di sekolah rendah ini. Ilmu yang  dimaksudkannya sudah tentunya ialah ilmu yang diajar ketika di peringkat tadika. Saya merasakan bahawa  ilmu yang diajar oleh saya ketika diperingkat tadika amatlah berguna kepada mereka dalam menjalani kehidupan sebagai seorang murid atau pelajar kelak. Saya sudah berpuas hati jika anak didik saya berjaya dalam kehidupan mereka kelak, dan menjadi seorang insan yang berguna kepada negara disamping menjadi anak berjasa. Hanya ilmu akan dapat menentukan haluan perjalanan kita ini.Sampai di sini sajalah saya coretkan tentang kerjaya pilihan saya ini.

No comments:

Post a Comment